MAKLUMAN

....................... PROMOSI TERKINI.............. PROMOSI BERMULA DARI SEKARANG.....HANIES COLLECTION DAN PROMOSI BERPISAH TIADA " "

Friday, 18 January 2013

Kain Cotton

Jenis Kain Cotton Yang Popular


Terdapat 4 jenis kain Cotton yang agak popular di Malaysia.
1. English Cotton
 

Kain tebal dan sedikit keras tetapi yang bestnya English Cotton susah berkedut dan tahan lasak. Biasanya didatangkan dalam corak bunga kecil-kecil sebagaimana kebiasaan design atau gaya Inggeris.
2. Japanese Cotton
 

Kainnya lembut dan ringan.Kain pon juga tahan lasak.Corak berbeza-beza. Haaa,Japanese Cotton antara pilihan hati saya
3. Cotton Viscose
 
Kain ni memang lembut dan sejuk.Senang ‘iron’ dan kain terletak di badan. Saya sendiri gemarkan kain cotton jenis ini terutama untuk dibuat baju kurung. Memang sudah kebiasaan ia jenis berkedut dan bagi mereka yang tahu, mereka tak cakap anda tak iron baju.
4. Cotton Sateen


Ramai juga penjual Telekung Vietnam yang tertukar antara Cotton Viscose dan Cotton Sateen atau Cotton Silk. Telekung Vietnam dibuat dari jenis Cotton Silk dan bukannya Cotton Viscose. Bagi yang pernah pakai Telekung Vietnam, saya percaya mereka pasti selesa. Bukan sahaja kerana kainnya lembut dan melekat di badan, ada pelanggan kami berpendapat ia jauh lebih selesa dari kain Lycra! Ini merupakan cotton yang paling ekslusif di Vietnam.
 

No comments:

Post a Comment